Apakah sebenarnya saka.
Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau
orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?
*Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet.
***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang
ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya.
Bagaimana merawat masalah ini?
@@@ Pandangan saya:
APA ITU
SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau
jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang
manusia lain sama ada secara disedari atau tidak,
biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi
adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin
silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat
Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun
daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang
lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara
dsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’
apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara
tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan,
maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak
disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga
biasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin
sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan,
persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu
mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak
lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang
ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada
persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus
mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka).
Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya
sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau
dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak,
maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga
tersebut.
Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk
soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang
dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang
difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan
saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.
TANDA-TANDA
SAKA
Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan
memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu,
melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang
pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb),
yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun
nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera
tertentu ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota
keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg
menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu
semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
ADAKAH ORANG YANG
ADA SAKA
BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG
DIZIARAHINYA?
Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis
saka.
- Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia
boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah
kesan secara langsung dan sering berlaku.
- Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara
memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu
akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
- Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang
lain.
Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan,
bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.
Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan
anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh
menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara
saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.
Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara
ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu
memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu
dengan keizinan Tuhan.
BAGAIMANA MERAWAT
MASALAH INI?
Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu
dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.
Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu-
kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.
Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya
tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan
Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional.
Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada
kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah
rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti
melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini
belum popular di kalangan masyarakat awam.
Kaedah tradisional:
Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar
perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin
pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka
mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat
di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara
saja.
Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak
berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah
mampu memudaratkan si perawat pula.
Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama
cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.
Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan
ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung
sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.
Ada juga perawat yang berpendamping
tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua
.
Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada
ayat suci, doa dan petua semata-mata.
Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang.
Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat
perjanjian yang berat.
Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis
pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar
kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan
saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi
jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat
Melayu.
Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu
seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu,
mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak
boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang
sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.
Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa
oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama
usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti
meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya
menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.
WA.
No comments:
Post a Comment